Thursday, October 4, 2012

PMR 2012 Semakin Hampir :O

HEY ! Assalamualaikum dan salam 1Malaysia . Sebelum itu , aku mahu minta maaf disebabkan sudah lama tidak Post Entry di sini . Hehe :) maklum sahajalah , aku tersangatlah malas mahu tulis Entry panjang-panjang . Tepapi , hari ini ? ouh , sebenarnya aku juga malas mahu Post Entry . Tetapi aku BOSAN dan Stress !

Okay sudah ! Kita menuju ke pangkal jalan yang sebenarnya sahajalah . Hahahaha . Hm . For Your Information , pada hari SELASA ini bersamaan dengan 09.10.2012 ini aku akan menghadapi something yang aku merasakan jantung ini berdegup-degup kencang setiap kali semua orang mengingatkan aku hari dan tarikh itu . Kau mahu tahu mengapa ? Kerana , pada hari dan tarikh itu akan menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ! aku ulangi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ! Haa , aku merasakan jantung aku mahu gugur tahu setiap kali semua orang mengingatkan aku pada hari dan tarikh itu . 

Hm . Ouh yaa ! sebelum  ini , ramai jugalah yang sudah menanyakan aku tentang persiapan aku untuk menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah . Jadi , aku hanya mampu tersengih dan berkata : "Alhamdulillah , sikitlah ". Okay , kau bayangkan sahajalah tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tetapi aku masih menjawab seperti aku . Kau tidak rasa seperti aku ini malas mahu menelaah pelajaran tahap 567898 ke ? Haha . 

Okay ! aku sudah malas mahu merepek makan kerepek lagi . Sebelum aku mengakhiri kata , aku ingin memohon andai aku menyakitkan hati kau , tercucuk sana atau tercucuk . Dan , tolong mendoakan aku untuk menjawab Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dengan tenang dan mendapat 8A dalam Peperiksaan itu nanti . Hehehehe . Dan , aku akan mendoakan untuk kau juga .  Dan aku mahu mengatakan kepada kau juga , Thank You Readers ! Hahahahah . 

*Sedang stress mengulangkaji pelajaran Mathematics , Yeah !*



Sila add aku disini dengan seikhlas hati : Nor Zatey
Dan ikuti aku disini dengan seikhlas hati : ZateyLavender97

No comments:

Post a Comment